2015年12月15日星期二

Sejarah Ragbi di Sekolah Menengah King Edward VII

Ragbi merupakan aktiviti sukan utama dan menjadi kepentingan sekolah dari awal penubuhan hingga kini.
Bermula dalam tahun 1923, yang diperkenalkan oleh T.J Thomas, pengetua pada masa itu. Nama pasukan sekolah mula dikenali sebagai Tigers pada tahun 1933. Kejayaan pertama pasukan ragbi sekolah dengan menewaskan Penang Free School dan terus mendapat gelaran juara dan merupakan pasukan sekolah pertama di Tanah Melayu serta mendapat kemenangan pertama pertandingan ragbi antara-sekolah, yang juga merupakan pertandinga yang pertama. Namun, nama-nama pemain sekolah pada masa itu tidak diketahui.
Semasa diantara tahun 1954 dan 1961, Tigers telah mengatur satu perlawanan persahabatan dengan pihak lawan dari sekitar Kedah hingga Singapura, kejayaan pasukan sekolah sekali lagi, dengan menewaskan kesemua pasukan lawan dan menjadi juara. Kemenangan perlawanan persahabatan ini telah membuat Tigers mendapat gelaran Kings of Rugby. Namun, ini bukanlah sekadar kemenangan sekali saja.
Untuk tahun 1978, pasukan sekolah telah dipilih oleh Malaysia sebagai wakil untuk Pertandingan Ragbi Antara-sekolah ASEAN di Hatyai, Thailand dan mendapat tempat ketiga. Kemenangan dan kejayaan selepas itu, membuat Tigers menyandang gelaran seperti Juara Ragbi Perak, Juara Daerah (1979), Juara Piala Taiping (1979), Juara Zon Utara Malaysia (1979), dan Juara Pertandingan Ragbi Antara-sekolah (1979)- tewaskan Royal Military College dengan mata 22-3. Kejayaan Tigers juga dengan menjadi juara Piala Perak (1983-1985, 1987-1989 dan 1996-1998). Semasa pertandingan Piala Diraja Selangor, Tigers berjaya mendapat tempat keempat diperingkat kebangsaan (1987 dan 1998).
Tiger juga menjadi pilihan negeri Perak, apabila 14 pemain sekolah dipilih mewakili negeri dalam tahun 1996 dengan menewaskan pasukan dari Negeri Sembilan dan memberi negeri Perak sebagai juara. Dalam tahun 2000, antara kejayaan Tigers adalah menjadi juara Pertandingan MSSPK, tempat kedua di Pertandingan Perdanan Zon Perak dan menjadi antara pasukan di peringkat separuh akhir di Piala Perdana Kebangsaan.
Antara pesaingan hebat Tigers yang pernah diberikan adalah dari Kolej Melayu Kuala Kangsar, Royal Military College, Penang Free School dan Kolej Sultan Abdul Hamid.

沒有留言:

發佈留言