2015年12月15日星期二

Kinta Utara Juara Anugerah Sukan MSS Perak 2015




Kinta Utara Juara Anugerah Sukan MSS Perak 2015

TAIPING: Daerah Kinta Utara dinobatkan sebagai juara Anugerah Sukan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Negeri Perak bagi tahun ini sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM4,000.
Naib Juara pula dirangkul oleh daerah Larut Matang dan Selama yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, manakala tempat ketiga diraih oleh daerah Hilir Perak dan Kerian yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 setiap daerah.

Perak Today 1

Penyampaian itu disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Mat Lazim Idris dalam Anugerah Sukan MSS Perak 2015 yang berlangsung di Hotel Taiping Perdana, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya dalam ucapan perasmiannya berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai sumbangan guru-guru yang berkorban demi meningkatkan mutu sukan pelajar sekolah di negeri ini.
“Kerajaan negeri menghargai segala sumbangan guru-guru yang begitu bersemangat dalam sukan dan mengembangkan bakat sukan yang ada di sekolah.
“Ini kerana, sekolah perlu menjadi ‘centre of excellent’ atau pusat kecemerlangan bagi setiap aktiviti, termasuk sukan,”katanya.

Perak Today 3

Tambah beliau lagi, Pusat Latihan Daerah (PLD) disarankan supaya dapat dikembangkan terutamanya bagi sukan-sukan teras seperti bola sepak dan beberapa sukan lain.
Katanya, ia adalah sebagai langkah persiapan untuk kerajaan negeri menyediakan atlet bagi Sukan Malaysia (SUKMA) di mana Perak merupakan tuan rumah pada tahun 2018.
Shahrul turut berkesempatan menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan dalam majlis tersebut kepada Mohd Idris Ramli.

Perak Today 5

Bagi Anugerah Jurulatih Cemerlang (Lelaki) telah dirangkul oleh Jasrizal Saad daripada Sekolah (SK) Kebangsaan King Edward VII (1) dan Manjit Singh Prem Singh dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr Burhanuddin.
Anugerah Jurulatih Cemerlang (Perempuan) pula menajdi milih Hau Wei Leng dari SMK Sri Tapah.
SK Jelapang dan SMK Hua Lian, Taiping telah meraih Insentif bagi peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah yang membawa pulang wang sebanyak RM1,000 bagi sekolah rendah dan RM2,000 bagi sekolah menengah.
Pelajar dari SMK Menglembu, Kua Chee Yeap dinobatkan sebagai Puteri Sukan dan Shereen Samson Vallabouy dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dinobatkan sebagai Putera Sukan.

沒有留言:

發佈留言