2015年12月15日星期二

Piagam Pelanggan SMK King Edward VII

Piagam Pelanggan SMK King Edward VII

Kami warga SMK King Edward VII,Taiping dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab akan memastikan pencapaian kecermerlangan pendidikan dengan memberi kemudahan untuk perkembangan dan penyuburan potensi ke tahap yang optimum dalam bidang kurikulum,kokurikulum,disiplin dan sahsiah selari dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara serta Wawasan 2020
Melalui


  •  Suasana pengajaran dan pembelajaran bestari dan terancang
  •  Peluang yang luas untuk memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum
  •  Pembinaan akhlak yang mulia dan berfikiran positif
  •  Pembinaan iklim sekolah yang kondusif dan penyayang
  •  layanan mesra dan segera kepada semua pihak yang berurusan dengan sekolah

News-news lain tentang Sekolah Menengah King Edward VII



Sultan Perak lancar buku King Edward VII Taiping

Olahraga beri peluang pelajar aktif
NCIA picks Taiping School


3,892 calon STPM 2014 Di Perak Peroleh Kelulusan Penuh



3,892 calon STPM 2014 Di Perak Peroleh Kelulusan Penuh

IPOH: Seramai 3,892 calon atau 98.01 peratus daripada 3,971 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 di Perak berjaya mendapat kelulusan penuh.
Jumlah itu meningkat sebanyak 0.8 peratus berbanding tahun 2013 yang hanya mencatatkan pencapaian 97.21 peratus.
Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Zulkarnaini Hussin berkata, jumlah itu mewakili calon yang lulus peringkat prinsipal dalam mata pelajaran diambil
“Daripada jumlah tersebut, seramai 48 atau 1.21 peratus calon lulus 5 prinsipal, 2,689 (67.72 peratus), lulus 4 prinsipal; 624 (15.71 peratus) lulus 3 prinsipal, 316 (7.96 peratus) lulus 2 prinsipal dan 215 (5.41 peratus) lulus 1 prinsipal,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, bilangan pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 menurun berbanding tahun sebelumnya.
“Seramai 53 orang atau 1.33 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00 dan jumlah ini menurun seramai 16 orang berbanding 69 orang (1.31 peratus) pada 2013.
“Seramai 1,329 calon atau 33.84 peratus mendapat PNGK antara 3.0 ke 4.0 iaitu atau 33.84,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2014 bagi negeri Perak di Pejabat Pendidikan Negeri dekat sini, hari ini.

PERAKTODAY (10)
Tambah beliau, sebanyak 41 buah sekolah di negeri itu mencatatkan pencapaian lulus 100 peratus.
“Pencapaian peratus lulus penuh pada tahun 2014 menunjukkan peningkatan sebanyak 15 buah sekolah berbanding hanya 26 sekolah pada 2013,” katanya lagi.
Selain itu, beliau menyatakan, daripada 21 mata pelajaran yang ditawarkan, 15 mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan dari segi peratusan lulus.
“Antara mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan ialah Bahasa Cina dengan pencapaian 22.43 peratus, Bahasa Tamil (20.39 peratus); Bahasa Arab (20.13 peratus), Ekonomi (8.27 peratus), Geografi (6.63 peratus) dan Pengajian Am (2.93 peratus).
“Mata pelajaran yang menunjukkan penurunan peratusan lulus pula antaranya Matematik M, Sains Sukan, Usuluddin, Biologi, Fizik dan Seni Visual,” katanya.
Zulkarnain berkata, empat calon STPM dari Perak dipilih untuk mendapat penghargaan manakala dua sekolah pula telah menerima penghargaan sebagai sekolah cemerlang di peringkat kebangsaan.
“Pelajar tersebut ialah Ho Kar Meng dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist (ACS), Ipoh dan Khor Siew Ching dari SMK King Edward VII, Taiping yang masing-masing mendapat keputusan PNGK 4.0
“Manakala dua lagi pelajar yang terpilih ialah calon Orang Asli iaitu C Farah Syahera yang menuntut di SMK Khir Johari, Sungai Sumun dan pelajar SMK Sultan Yussuf, A.Najurai yang mendapat keputusan PNGK 3.5.
“Sementara itu, SMK Hua Lian, Taiping dan SMK Shing Chung, Sungai Siput (U) pula telah menerima penghargaan sebagai sekolah cemerlang di peringkat dengan masing-masing purata GPS 3.25 dan 3.12,” jelasnya.
SMK Raja Permaisuri Bainun, dekat Ipoh pula katanya, menjadi satu-satunya sekolah di Perak yang berjaya mencatat kelulusan 100 peratus untuk peringkat 4 prinsipal.

Kinta Utara Juara Anugerah Sukan MSS Perak 2015




Kinta Utara Juara Anugerah Sukan MSS Perak 2015

TAIPING: Daerah Kinta Utara dinobatkan sebagai juara Anugerah Sukan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Negeri Perak bagi tahun ini sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM4,000.
Naib Juara pula dirangkul oleh daerah Larut Matang dan Selama yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, manakala tempat ketiga diraih oleh daerah Hilir Perak dan Kerian yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 setiap daerah.

Perak Today 1

Penyampaian itu disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Mat Lazim Idris dalam Anugerah Sukan MSS Perak 2015 yang berlangsung di Hotel Taiping Perdana, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya dalam ucapan perasmiannya berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai sumbangan guru-guru yang berkorban demi meningkatkan mutu sukan pelajar sekolah di negeri ini.
“Kerajaan negeri menghargai segala sumbangan guru-guru yang begitu bersemangat dalam sukan dan mengembangkan bakat sukan yang ada di sekolah.
“Ini kerana, sekolah perlu menjadi ‘centre of excellent’ atau pusat kecemerlangan bagi setiap aktiviti, termasuk sukan,”katanya.

Perak Today 3

Tambah beliau lagi, Pusat Latihan Daerah (PLD) disarankan supaya dapat dikembangkan terutamanya bagi sukan-sukan teras seperti bola sepak dan beberapa sukan lain.
Katanya, ia adalah sebagai langkah persiapan untuk kerajaan negeri menyediakan atlet bagi Sukan Malaysia (SUKMA) di mana Perak merupakan tuan rumah pada tahun 2018.
Shahrul turut berkesempatan menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan dalam majlis tersebut kepada Mohd Idris Ramli.

Perak Today 5

Bagi Anugerah Jurulatih Cemerlang (Lelaki) telah dirangkul oleh Jasrizal Saad daripada Sekolah (SK) Kebangsaan King Edward VII (1) dan Manjit Singh Prem Singh dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr Burhanuddin.
Anugerah Jurulatih Cemerlang (Perempuan) pula menajdi milih Hau Wei Leng dari SMK Sri Tapah.
SK Jelapang dan SMK Hua Lian, Taiping telah meraih Insentif bagi peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah yang membawa pulang wang sebanyak RM1,000 bagi sekolah rendah dan RM2,000 bagi sekolah menengah.
Pelajar dari SMK Menglembu, Kua Chee Yeap dinobatkan sebagai Puteri Sukan dan Shereen Samson Vallabouy dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dinobatkan sebagai Putera Sukan.

Visi & Motto Sekolah


Visi

Visi sekolah adalah 'A Scholar,A Gentleman,A Sportsman.'Hal ini terbukti apabila Sekolah King Edward VII ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh yang telah banyak berjasa kepada negara dalam pelbagai bidang.Selain itu,sekolah ini juga dikenali dengan nama samaran iaitu 'KE7' dan juga 'TIGERS'.

Motto

'Magni Nominis Umbra' berasal daripada bahasa latin yang bermaksud 'Under A Shadow Of A Great Name' atau 'Di Bawah Lindungan Yang Berkuasa'.Yang Berkuasa di sini merujuk kepada sekolah yang membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada murid-murid.

Logo Sekolah

Warna Sekolah

Warna merah dan hitam dipilih menjadi warna bendera sekolah. Merah melambangkan keberanian dan kemegahan, hitam melambangkan perpaduan yang utuh.

Ikon

Harimau dipilih sebagai ikon bagi sekolah ini kerana harimau melambangkan kejaguhan, kemegahan, keberanian serta keagungan yang tiada tandingan.

Ikrar Sekolah

It is our duty to uphold
The honour of the school
At all time and in all places
Not by talking or boasting
But by our good conduct
Our deeds speaks louder than words
And a little example
Is more effective than much precept
From the school
More is to be learnt
Than mere knowledge from books
A tiger scorns to succeed
Through dishonesty
He never admits defeat
He never deserts his friends
Or his class
Or his school
And above all
He is always loyal
To his school and country

Sejarah Ragbi di Sekolah Menengah King Edward VII

Ragbi merupakan aktiviti sukan utama dan menjadi kepentingan sekolah dari awal penubuhan hingga kini.
Bermula dalam tahun 1923, yang diperkenalkan oleh T.J Thomas, pengetua pada masa itu. Nama pasukan sekolah mula dikenali sebagai Tigers pada tahun 1933. Kejayaan pertama pasukan ragbi sekolah dengan menewaskan Penang Free School dan terus mendapat gelaran juara dan merupakan pasukan sekolah pertama di Tanah Melayu serta mendapat kemenangan pertama pertandingan ragbi antara-sekolah, yang juga merupakan pertandinga yang pertama. Namun, nama-nama pemain sekolah pada masa itu tidak diketahui.
Semasa diantara tahun 1954 dan 1961, Tigers telah mengatur satu perlawanan persahabatan dengan pihak lawan dari sekitar Kedah hingga Singapura, kejayaan pasukan sekolah sekali lagi, dengan menewaskan kesemua pasukan lawan dan menjadi juara. Kemenangan perlawanan persahabatan ini telah membuat Tigers mendapat gelaran Kings of Rugby. Namun, ini bukanlah sekadar kemenangan sekali saja.
Untuk tahun 1978, pasukan sekolah telah dipilih oleh Malaysia sebagai wakil untuk Pertandingan Ragbi Antara-sekolah ASEAN di Hatyai, Thailand dan mendapat tempat ketiga. Kemenangan dan kejayaan selepas itu, membuat Tigers menyandang gelaran seperti Juara Ragbi Perak, Juara Daerah (1979), Juara Piala Taiping (1979), Juara Zon Utara Malaysia (1979), dan Juara Pertandingan Ragbi Antara-sekolah (1979)- tewaskan Royal Military College dengan mata 22-3. Kejayaan Tigers juga dengan menjadi juara Piala Perak (1983-1985, 1987-1989 dan 1996-1998). Semasa pertandingan Piala Diraja Selangor, Tigers berjaya mendapat tempat keempat diperingkat kebangsaan (1987 dan 1998).
Tiger juga menjadi pilihan negeri Perak, apabila 14 pemain sekolah dipilih mewakili negeri dalam tahun 1996 dengan menewaskan pasukan dari Negeri Sembilan dan memberi negeri Perak sebagai juara. Dalam tahun 2000, antara kejayaan Tigers adalah menjadi juara Pertandingan MSSPK, tempat kedua di Pertandingan Perdanan Zon Perak dan menjadi antara pasukan di peringkat separuh akhir di Piala Perdana Kebangsaan.
Antara pesaingan hebat Tigers yang pernah diberikan adalah dari Kolej Melayu Kuala Kangsar, Royal Military College, Penang Free School dan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Lagu Sekolah

King Edward’s will live forever
As long as the Taiping Hills stand
King Edward’s will shine forever
For the glory of this land

In this year of our victory
We are proud of the days of yore
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before

The Tigers roar loud and full
Magni Nominis Umbra
The motto of our great school
Magni Nominis Umbra

Edwardians old and young tigers
Let’s unite in a song of glee
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free

Latar Belakang King Edward VII

Sekolah Menengah King Edward VII, merupakan sekolah perdana dan antara sekolah lelaki tertua di Malaysia. Sekolah Menengah King Edward VII ini terletak di Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Logo rasmi bagi sekolah ini ialah harimau belang atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya. Para pelajar sekolah ini lebih dikenali sebagai 'EDWARDIANS' manakala yang terkenal pula dengan gelaran 'TIGERS'.Sehingga hari ini,sekolah ini masih digeruni dengan sukan Ragbi yang menjadi tradisi sejak diperkenalkan pada 1923.