Kami warga SMK
King Edward VII,Taiping dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab
akan memastikan pencapaian kecermerlangan pendidikan dengan memberi
kemudahan untuk perkembangan dan penyuburan potensi ke tahap yang
optimum dalam bidang kurikulum,kokurikulum,disiplin dan sahsiah selari
dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara serta Wawasan 2020
Melalui
Suasana pengajaran dan pembelajaran bestari dan terancang
Peluang yang luas untuk memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum
Pembinaan akhlak yang mulia dan berfikiran positif
Pembinaan iklim sekolah yang kondusif dan penyayang
layanan mesra dan segera kepada semua pihak yang berurusan dengan sekolah
3,892 calon STPM 2014 Di Perak Peroleh Kelulusan Penuh
Posted on
IPOH: Seramai 3,892 calon atau 98.01 peratus daripada
3,971 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014
di Perak berjaya mendapat kelulusan penuh.
Jumlah itu meningkat sebanyak 0.8 peratus berbanding tahun 2013 yang hanya mencatatkan pencapaian 97.21 peratus.
Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Zulkarnaini Hussin berkata,
jumlah itu mewakili calon yang lulus peringkat prinsipal dalam mata
pelajaran diambil
“Daripada jumlah tersebut, seramai 48 atau 1.21 peratus calon lulus 5
prinsipal, 2,689 (67.72 peratus), lulus 4 prinsipal; 624 (15.71
peratus) lulus 3 prinsipal, 316 (7.96 peratus) lulus 2 prinsipal dan 215
(5.41 peratus) lulus 1 prinsipal,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, bilangan pelajar yang mendapat A
dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu mendapat Purata Nilai Gred
Keseluruhan (PNGK) 4.00 menurun berbanding tahun sebelumnya.
“Seramai 53 orang atau 1.33 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00
dan jumlah ini menurun seramai 16 orang berbanding 69 orang (1.31
peratus) pada 2013.
“Seramai 1,329 calon atau 33.84 peratus mendapat PNGK antara 3.0 ke 4.0 iaitu atau 33.84,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa mengumumkan
keputusan peperiksaan STPM 2014 bagi negeri Perak di Pejabat Pendidikan
Negeri dekat sini, hari ini.
Tambah beliau, sebanyak 41 buah sekolah di negeri itu mencatatkan pencapaian lulus 100 peratus.
“Pencapaian peratus lulus penuh pada tahun 2014 menunjukkan
peningkatan sebanyak 15 buah sekolah berbanding hanya 26 sekolah pada
2013,” katanya lagi.
Selain itu, beliau menyatakan, daripada 21 mata pelajaran yang
ditawarkan, 15 mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan dari segi
peratusan lulus.
“Antara mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan ialah Bahasa Cina
dengan pencapaian 22.43 peratus, Bahasa Tamil (20.39 peratus); Bahasa
Arab (20.13 peratus), Ekonomi (8.27 peratus), Geografi (6.63 peratus)
dan Pengajian Am (2.93 peratus).
“Mata pelajaran yang menunjukkan penurunan peratusan lulus pula
antaranya Matematik M, Sains Sukan, Usuluddin, Biologi, Fizik dan Seni
Visual,” katanya.
Zulkarnain berkata, empat calon STPM dari Perak dipilih untuk
mendapat penghargaan manakala dua sekolah pula telah menerima
penghargaan sebagai sekolah cemerlang di peringkat kebangsaan.
“Pelajar tersebut ialah Ho Kar Meng dari Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Methodist (ACS), Ipoh dan Khor Siew Ching dari SMK King Edward
VII, Taiping yang masing-masing mendapat keputusan PNGK 4.0
“Manakala dua lagi pelajar yang terpilih ialah calon Orang Asli iaitu
C Farah Syahera yang menuntut di SMK Khir Johari, Sungai Sumun dan
pelajar SMK Sultan Yussuf, A.Najurai yang mendapat keputusan PNGK 3.5.
“Sementara itu, SMK Hua Lian, Taiping dan SMK Shing Chung, Sungai
Siput (U) pula telah menerima penghargaan sebagai sekolah cemerlang di
peringkat dengan masing-masing purata GPS 3.25 dan 3.12,” jelasnya.
SMK Raja Permaisuri Bainun, dekat Ipoh pula katanya, menjadi
satu-satunya sekolah di Perak yang berjaya mencatat kelulusan 100
peratus untuk peringkat 4 prinsipal.
TAIPING: Daerah Kinta Utara dinobatkan sebagai juara
Anugerah Sukan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Negeri Perak bagi tahun ini
sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM4,000.
Naib Juara pula dirangkul oleh daerah Larut Matang dan Selama yang
membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, manakala tempat ketiga
diraih oleh daerah Hilir Perak dan Kerian yang membawa pulang wang tunai
sebanyak RM2,000 setiap daerah.
Penyampaian itu disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri,
Mat Lazim Idris dalam Anugerah Sukan MSS Perak 2015 yang berlangsung di
Hotel Taiping Perdana, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak,
Datuk Shahrul Zaman Yahya dalam ucapan perasmiannya berkata, kerajaan
negeri sentiasa menghargai sumbangan guru-guru yang berkorban demi
meningkatkan mutu sukan pelajar sekolah di negeri ini.
“Kerajaan negeri menghargai segala sumbangan guru-guru yang begitu
bersemangat dalam sukan dan mengembangkan bakat sukan yang ada di
sekolah.
“Ini kerana, sekolah perlu menjadi ‘centre of excellent’ atau pusat kecemerlangan bagi setiap aktiviti, termasuk sukan,”katanya.
Tambah beliau lagi, Pusat Latihan Daerah (PLD) disarankan supaya
dapat dikembangkan terutamanya bagi sukan-sukan teras seperti bola sepak
dan beberapa sukan lain.
Katanya, ia adalah sebagai langkah persiapan untuk kerajaan negeri
menyediakan atlet bagi Sukan Malaysia (SUKMA) di mana Perak merupakan
tuan rumah pada tahun 2018.
Shahrul turut berkesempatan menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan dalam majlis tersebut kepada Mohd Idris Ramli.
Bagi Anugerah Jurulatih Cemerlang (Lelaki) telah dirangkul oleh
Jasrizal Saad daripada Sekolah (SK) Kebangsaan King Edward VII (1) dan
Manjit Singh Prem Singh dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr
Burhanuddin.
Anugerah Jurulatih Cemerlang (Perempuan) pula menajdi milih Hau Wei Leng dari SMK Sri Tapah.
SK Jelapang dan SMK Hua Lian, Taiping telah meraih Insentif bagi
peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah yang membawa pulang wang
sebanyak RM1,000 bagi sekolah rendah dan RM2,000 bagi sekolah menengah.
Pelajar dari SMK Menglembu, Kua Chee Yeap dinobatkan sebagai Puteri
Sukan dan Shereen Samson Vallabouy dari Sekolah Sukan Bukit Jalil
dinobatkan sebagai Putera Sukan.
Visi sekolah adalah 'A Scholar,A Gentleman,A Sportsman.'Hal ini
terbukti apabila Sekolah King Edward VII ini telah melahirkan ramai
tokoh-tokoh yang telah banyak berjasa kepada negara dalam pelbagai
bidang.Selain itu,sekolah ini juga dikenali dengan nama samaran iaitu
'KE7' dan juga 'TIGERS'.
Motto
'Magni Nominis Umbra' berasal daripada bahasa latin yang bermaksud
'Under A Shadow Of A Great Name' atau 'Di Bawah Lindungan Yang
Berkuasa'.Yang Berkuasa di sini merujuk kepada sekolah yang membimbing
serta memberi tunjuk ajar kepada murid-murid.
It is our duty to uphold
The honour of the school
At all time and in all places
Not by talking or boasting
But by our good conduct
Our deeds speaks louder than words
And a little example
Is more effective than much precept
From the school
More is to be learnt
Than mere knowledge from books
A tiger scorns to succeed
Through dishonesty
He never admits defeat
He never deserts his friends
Or his class
Or his school
And above all
He is always loyal
To his school and country